THE AUTHOR

My photo

Assalamualaikum and hello, o awesome readers!

I guess I'm pretty cool person. I likes be positive, helping others, writing and exploring.  Also a fan of happy ending. Even life is too serious as it is. This blog i called as my second heart. Everything with Allah blessing, i'll share those awesome moments in my life. Overall i think is a lot about my family. 'Cause i love them....LOL.

Thanks for all your support! It means a lot. Anyway, welcome to my life.

Friday, December 16, 2011

Cara untuk kelihatan cantik secara semulajadi.

Assalamualaikum.

Main topik: Natural beauty.
Op kos semua orang memang tergila-gilakan, terkejar-kejar untuk kelihatan cantik secara semula jadi. Termasuk aku. Cantik secara semula jadi means yang kalau korang tak pakai make up pun, still nampak ayu sesangat. Point--jimat duit di situ yer. Then masa nak keluar jejalan dengan kengkawan pun just appy simple magical touch and oh, so perfecto! Jeles, jeles, jeles, jeles sesangat…

Untuk itu, aku dengan berbesar padang bola mengajak korang untuk mengadaptasikan/ belajar macam mana nak cantik secara semula jadi. Ok, mari mulakan!


  1. Solat (air wuduk). Seperti yang korang sedia maklum bahawa banyak kelebihan mengambil wuduk nih. Means yang kita akan menyucikan muka, tangan, kaki… setiap lima kali sehari. So, kalau terlupa nak basuh muka guna cleanser—dimaapkan.
  2. Makan/ Diet. Selain makanan harian yang kita ambil hari-hari, aku nasihatkan perbanyakkan makan vege (sayur) dan fruits (buah-buahan). Selain sebagai anti-toksin malah sebagai sumber vitamin bagi keanjalan kulit dan membaik pulih sel badan. Biasa ramai yang memilih untuk makan buah tomato, pisang, brokoli, orange dan raspberry.
  3. Minum air. 2500ml/lapan gelas sehari. Lagi banyak korang minum air, lagi bagus. It’s like korang wash out semua dalam badan korang bagi clean and clear. Then, kelembapan kulit pun sama terjamin. No need nak apply moisturizer dah.
  4. Tidur. Sekurang-kurangnya tidur 5-6 hours/ day. Kualiti tidur waktu malam lagi penting daripada kuantiti korang tidur siang. Free kedutan di wajah dan tidaklah stress memanjang.
  5. Aktiviti bersenam. Selain untuk kesihatan, melalui bersenam juga kita akan sihat sentiasa lalu membuatkan kita cantik luar dan dalam. Ayo kawan-kawan, bersenam mulai saat ini.
  6. Kebersihan badan. Op kos, bila kita bersih--bakteria jahat susah nak dekat. So no acne, kudis or kurap yang nak singgah. Licin...
  7. Senyum. Selalulah orang cakap, kalau nka cantik. Banyakkan senyuman (sedekah bebanyak). Mudah-mudahan murah rezeki plus cantik selalu. Amin.
  8. Tanamkan sifat keyakinan diri. Perempuan bila dia yakin akan apa yang dia buat--aura identiti tersendiri akan tercipta. No stress... Cantik di dalam, cantik di luar. 

Selamat mem-praktis-an.

Sunday, December 04, 2011

Don’t ask me too many questions!


As I wrote before, “I don’t like people ask me about my personal life”. It’s really miserable and later I’ll judge you as-annoying person! It’s horrible, you know. Wohoo… (in up and down mood).

Okeh. Layan  beautiful moments below that I got from my mak punyer hand phone.


My life right now

Photography

Assalamualaikum.

I love my life right now.
I had a supportive family.
Lovingly friends.
And my spirit is positive.

Alhamdulillah.
May Allah always bless me and the others.
Amin.

Photoshoot: Gambar budak paling comel.

Sewaktu jalan-jalan shopping di Mall- suasana begitu kecoh dengan adanya dua orang makhluk cilik ini. 
.
.
.
.
.
.
.
.....Soalannya......
.
.
.
.
Kenapa diorang (watak yang dibawah) begitu comel, ciut, miut, dan tersangat la awesome!.





.
.
.
.
Thi two princess yang begitu ummph!
Love ya!

Friday, November 18, 2011

Mostly Figures: Baby, Kamu Sangat Comel


Assalamualaikum.....

Sesungguhnya-tiada siapa dapat menolak serta menafikan kecomelan, kekuitan si cilik nih (cik Nurul Haziqah Hayazid). Oleh itu, sebagai bukti bahawa cik ziqa ni memang superb model international, maka 'try' tengok gambar-gambar di bawah ini (nak tunjuk real tak boleh kan). 

Korang akan rasa terpaku dengan keindahan Allah yang maha sempurna (mudah-mudahan). 
Tunggu apa lagi----






--------------------------------------------beshnyer!!---------------------------------------

Daripada tembam dan kurus---kecik ke besor. Dia tetap comeh dan makin manja kat atok (nek motor) dan nenek dia (gi pasar pepagi). Huh, jeles I!. 




Tak kira gi jalan Mall, gi bengkel kereta--dia tetap boleh tersenyum manis dan menampakkan batang giginya yang tak seberaper tuh. Tergoda I!

*Semoga cik ziqa tatap tersenyum dan comel selalu.. Sweet time with you, babe!

Thursday, October 13, 2011

Hana Tajima: Tutorial Hijab cara Hana Tajima

Assalamualaikum.


Yup, inilah dia- Hana Tajima.
Si cantik manis yang gojes amat amat. Cantik ciptaan Tuhan!
Semua anak muda/ mak cik-mak cik sekarang suka sangat pada dia (hijab/ jilbab style, umpphh!). Simple, ada gaya. Stylo!
Aku pun suka gak. She is a very independent women with a gojes mind.
Pandai carik ruang dan peluang, and now dia dah terkenal kat Malaysia and got dia punya own brand lagi---Maysaa.
Wallah, congrats.



Uit, cantik di wajah--pandai bergaya.
Makin debomb la kan.
So, ramai gak yang still trying nak carik tutorial macam mana hana tajima punya hijab style.
So, dengan bantuan pak cik Google--check it out kat bawah ni:




Selamat mencuba!

Monday, September 05, 2011

Facing The Camera: Kerinduan pada kawan lama.

Assalamualaikum..

Buat bebudak PT22086 (yang dah bersepah jauh):

  1. Miss Farihah
  2. Miss Aishah
  3. Miss Izaty
  4. Miss Mira
  5. Miss Dayah
  6. Miss Asyikin
  7. Miss Linda
  8. Miss Kak Nisa
  9. Miss Raihan

Diorang nih semua dah dok workaholic (alhamdulillah). So, semuanya ngah bz la kan.. (heheh). Teruskan usaha kamu semua! Semoga Allah merahmati kamu semua. Dan segalanya berjalan dengan lancar hendaknya.

Baiklah, special edition khas tok mereka ini.
*uploaded tempat-tempat yang bisa bikin , kenangan dulu ku imbas kembali!.



Bilik saper paling entertaiment agaknya?? Hahahahh...
*miss you all!.

Saturday, September 03, 2011

Photoflute-my convocation days

20 august 2011
.
.
.
.
Satu hari sebelumnya, aku kena datang ker  kolej kerana hendak megambil baju jubah. Samapai aja ke kolej-tidak disangka bahawa cik Dayah dan cik Mira pun turut sama datang (jodoh kuat nih). Kitaorang pun jalan sama-sama dan bual kejap aja becoz masing-masing nak rushing.

Pas gi kolej, kitaorang sefamily (ayah, mak, cik maya, cik tira dan saya) terus menuju ke Nilai 3. Shopping raya-beli selendang, langsir cantik warna emas dan jalan-jalan sampai penat. Walaupun time tu bulan puasa, sabar aja. 

So, selamat bergraduasi ya classmate!


Ini, masa on the way ke Kolej pagi tu--Inspirasi daripada kereta saga FL cik tira yang terbaru. Perasan cantik la orang dalam gambar nih (ahhhahah). 


Suasana masa dalam perjalanan convocation--semua nak inter frame diri sendirik. Layan jek lah. Bila lagi kok boleh jumpa dan chit chat sakan, ye dak..



Dengan tajaan pihak Felda-dari dulu hingga kini, maka tamatlah sudah sesi pembelajaran. Alhamdulillah, semua lulus. Dan jutaan dan terllion juta terima kasih kepada pihak Felda atas bantuan kewangan (rumah, makan, uniform, yuran etc.). Terima kasih!  


.
.
.
.






How to look beautiful and charming?

Assalamualaikum,

Semua orang suka melihat benda yang cantik.
And something nice.
Tak kira ianya human, perhiasan, rumah even seekor ayam yang cantik.

"Namun-kecantikan hakiki adalah daripada dalam diri"

Buktinya....bila kita hanya mementingkan kecantikan di wajah,,,
Time passing by, second to minute and hours, days, month and years.
Botox treatment, shall we?
: )

Zaman akan merubah semua.
Fikir-fikirkanlah.
But, 
If kita sedar beauty and charming itself datang from your sincere heart.
You got high points there.
Coz, that's a jackpot.

And to achieve it...
senyum macam cik ziqa ni!

SMILE


.
.
.
.
.
.
Ini barulah dinamakan--kaya senyuman lagi kaya raya!..Hahahahha. Senyum cepat.

Tuesday, August 16, 2011

Harapan Ramadhan aku

Gila kentang cik ziqa makan nasi pagi-pagi ni depan mata. Siap minum air lagi. Srupppp...Sruuppp....
.
.
.
.
.
.
Tapi, baru ku sedar, Cik Ziqa baru 10 bulan setengah. Kecik lagi nak pose. Dugaan-dugaan...

Sambil layan cik ziqa makan dan cit-cot. Apa kata layan lagu yang yang sudah zaman-berzaman.. tapi, tetap di hati ini. Layan....



Harapan Ramadhan - Raihan & ManBai


Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua

Monday, August 15, 2011

LIMA sebab raya tahun ini-korang tak dapat KAD RAYA.


1.PINDAH RUMAH
-Almaklumlah da nak Raya. Semestinya semua nak yang baru-TV baru, sofa baru dan terhangat korang tukar rumah baru. Saja nak mengikut tred terkini yang mungkin korang rasa ianya harus di ikuti. Dan korang telah menjadikan ianya sebagai habit tahunan. Oleh kerana korang telah berpindah randah sesuka hati. Ramai kawan-kawan  korang yang dulu selalunya rajin menulis kad Raya akan lost and susah nak foud korang. Jadi, terima ajalah suratan andai korang tak dapat kad raya nanti. Jangan korang marah diorang pulak tak bagi korang kad raya.

2.ORANG TAK KENAL KORANG
-Orang jenis ini adalah manusia jenis yang tak nak "Show Himself". Pemalu kata bahasa ibunda. Cuba korang tanya pada diri sendiri-Selama korang hidup,korang pernah nampak tak manusia selain daripada keluarga korang sendiri. Kalau "Tidak", korang memang confirm dan sah tak akan dapat kad raya bukan tahun ini malah tak akan kenal apa itu kad raya selagi korang masih hidup. Takziah buat korang. Daripada korang duduk kat bumi ini, apa kata korang pindah planet Pluto nun, dan tunggu kakak alien bagi kad raya kat korang. Best tak idea ini???


3.KORANG TERLALU POPULAR
-Kepopularan korang itu melebihi Datuk Siti, Bill Gates, Julia Roberts dan seangkatan dengannya. Sedalamnya lagi, korang da ibarat manusia yang hilang kejawaannya. Maka, di atas kemewahan inilah telah menyebabkan diorang pikir yang korang mungkin tak ingat diorang, dan diorang pun malas nak ingat korang. Kalau diorang semua berfikiran begitu, mungkin alamatnya korang hanya akan dapat kad raya pada hari Krismas la gamaknya.

4.SALAH BAGI ALAMAT RUMAH 
-kerana terlalu confidet yang meluap-luap. Ada masanya korang tersalah bagi alamat rumah. Faktanya korang  duduk kat Malaysia tetapi korang tercakap yang korang duduk kat Norway nun kat kutub sana. Saja je korang nak bagi gempak satu negeri. Sebagai contohnya-<<<<Ali bin Ahmad, No.2 Blok B, KLCC, 00-12 Oslo, Norway.>>>
Abang posmen pun gelak terguling-guling empat hari baca korang punya alamat. Akhirnya, kalau tak ke tong sampah mungkin abang posmen gantung kat rumah dia. Buat kenangan.Kalau korang nak gak kad rayanya, korang pergi la datang beraya rumah abang posmen tersebut.


5.DIORANG DA POST KAT KORANG PUNYA FB/TWITTER/ MESSAGING
- kerana arus pemodenan yang semakin melinium, diorang pun malas nak beli kad raya dan tampal-tampal setem. Sudahnya, korang baca sahajalah status terbaru korang, berduyun-duyun bak kakak duyung berenang masuk ke wall atau masage korang. Itu maknanya peluang mendapat kad raya amatlah tipis. Mewarisi zaman-berzaman, handphone korang juga akan berdeting tak berhenti-henti sampai pagi raya kerana banyak sangat salam raya yang nak di terima.Paling gempak, korang punya handphone cedera parah dan mati tak hidup-hidup pada tengahari satu hari raya.



* moral of d story:
-Korang makan kat apa buka nanti???

RAMADAN >>>Mencuba yang paling terbaik

Good evening all...

Tup...tup... sahaja-sudah 15 hari umat Islam berpuasa ( 15 Ramadan 1432H). Alhamdulillah... berkat kesabaran dan keimanan di hati. Kemuliaan Ramadan di jalani dengan seikhlas hati. Semoga kita semua mendapat pahala dan di redhaiNya. Amin.

Bagi yang agak-agak terkena Amnesia setiap hari. Disertakan di bawah lafaz niat puasa:

Ertinya: Sahaja aku puasa esok hari menunaikan fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.




Disertakan juga doa untuk berbuka puasa:  
Ertinya: Ya Tuhanku keranamu jua aku berpuasa dan denganmu aku beriman dan di atas rezekimu aku berbuka dengan belas kasihanmu Ya Allah yang amat mengasihani.


Kepada sesiapa yang merasa "Down" saya ingin menasihati dengan serangkap ayat:

Walau apa cabaran yang dihadapi di bulan mulia ini-ingatlah Allah. Banyakkan berdoa dan mohonlah pelindungNya daripada segala kemuslitan.

*To all my family members:
All the tests given that there is wisdom behind it. Tolerate and pray to Allah.