THE AUTHOR

My photo

Assalamualaikum and hello, o awesome readers!

I guess I'm pretty cool person. I likes be positive, helping others, writing and exploring.  Also a fan of happy ending. Even life is too serious as it is. This blog i called as my second heart. Everything with Allah blessing, i'll share those awesome moments in my life. Overall i think is a lot about my family. 'Cause i love them....LOL.

Thanks for all your support! It means a lot. Anyway, welcome to my life.

Monday, May 27, 2013

Skirt pendek untuk lelaki.


Assalamualaikum.
Wohooo… baca tajuk jek pun dah seriau meroma bulu kening. Gane tu??? Hahhaha… Seriously, first time aku selak bab fesyen lelaki dalam magazine cina tu(March 2011)-siap aku telek sampai kawan aku tegur…’hang paham ka??’ Paham tak paham, aku tetap nak baca jugak. Extraordinary punyer gaya. Silap-silap mak cik yang dok hulu kampong mesti terkezut melihatnya… ‘Aku atau alien ni yang sesat?’.

Cer teka-agaknya siapakah pereka fesyen gila tahap cipan nih. Ingin aku bertanya, motif tuan buat gaya gini?  Tuan ingat, tuan seksi ar? Ni mesti dulu masa kanak-kanak jenis yang tak pernah pakai skirt pendek bunga-bunga comel. Dah besor, sibok nak try… ngaku jek la. Hehhehe… Dan korang ingat korang sweet pakai cam tu la. Euwww…

Amaran: Hey kalau muka korang handsome bak hero Prison Break, si Wentworth Miller sekalipun… kalau ginilah cara pakaian korang. Confirm tanpa keraguan daripada Jakim-REJECT. Ni yang dinamakan gaya makan gaya-ala gay pun ada aku tengok.Tak boleh blah…

Hurmm, rakyat Malaysia ada berani pakai gini tak?


Arrgghh!!! Aku tak boleh komen banyak-banyak. Rasa nak…(sensor-kemarahan terlampau). Yang perempuan di singkatkan sampai tak cukup kain-yang lelaki pulak terlebih kain sampai semak mata aku memandang. Dunia… dunia akhir zaman… ( sambil menggeleng kepala lapan ratus kali).

p/s-aku tak tahu la kalau aku yang ketinggalan zaman.

Friday, May 24, 2013

Cuti hujung minggu yang membosankan.


Assalamualaikum.

I felt bad. I donno who silent my alarm phone.
The result, subuh aku bangun kol 7.10 pagi!
Dah dapat dosa di permulaan hari.
Then and then… mata aku terus segor bugor tak nak tidur balik...
Penangan bersalah punya pasal.

Aku pon tak sure apa aku buat sampai noon.
Yang aku tahu dah tengahri.
Lunch, aku makan lunch berlaukkan Megi kari coz malas nak masak punyer pasal.
Kesian saper kahwin ngan aku nanti…
Itu pun aku makan kol 3.30 petang!
Tapi yang peliknya, aku tak rasa lapor… teringat nak makan pun sebab aku paksa diri.
Kena trained, kalau tak kamu bias kena gastric loh.
Acid dalam perut pun kena balancing… hhuhuhu…

Malamnya aku conquer TV sebab all my friends balik kampung.
Untung kampung dekat.
Assignment?
Aku dah wat masa khamis malam sambil layan American Idol kat 8tv, yang season ke berapa pun aku tak tahu.
Dapat tengok si muka Ryan Secreats syukur Alhamdulillah.
Tamat reality show yang orang dok melalak tu, kertas kerja aku pun siap.
Wohoooo… sila puji diri sendiri.

Yes, esok ini hari Sabtu!
Aku kerja!
Aku suka! Walaupun half day… ada gak la benda aku nak wat.
Sangat berdedikasinya aku bekerja kan?
Kalau Bos besar baca statement aku ni, mesti menangis air mata darah.
Kuikuikui… so, saper nak hired aku-silalah isi form secepat yang mungkin.

Okeylah.
Aku blah dulu la.
Chow-cin-cau.

Tuesday, May 21, 2013

Lawak Seram Kepialu: Kisah Jenazah yang Ku-tersentuh.


Assalamualaikum.

Morning! Aku suka dengar cerita or story yang berunsur lawak sampai mengalir air mata. Then, masa itu sedang kitaorang lepak-lepak depan TV tengok drama Melayu… ada bab pengambaran di kawasan kubur. So, kawan aku start cerita la kisah dia masa praktikal uruskan orang yang dah mati.

Jeng-jeng-jeng…
One day, kisahnya hari itu ada la orang meninggalkan dunia buat selama-lamanya. Sedang kawan aku tengah tarik tali bagi menggelakkan menguruskan si mati… habisnya dia tolak mentah-mentah sebab fobia melampau. Takut sangat!

Lepas kawan kepada kawan aku siap buat semuanya dia pun cakap la: ‘Kata orang-orang tua… kalau kita tak uruskan mayat itu, malam nanti dia kan carik kita tau. Sentuh sikit pun jadik la.’
Yang kawan aku ni dalam dok caya tak percaya pun pergilah gak setapak ke setapak kat tempat mayat yang sudah berbalut tu. Antara rela dan paksa, dia selak sikit langsir yang ada dan cepat-cepat sentuh kaki si jenazah tu. Sambil muka toleh tempat lain-tangan saja menghulur. Bengong.
Kawan aku cakap: lepas aku sentuh, aku terus lari laju-laju ke belakang. Takuuutttt!!!

Kitaorang pun tambah la… agak-agak time kau tengah hulur tangan (sambil mata tengok tempat lain)—tetiba ada tangan sejuk sambut tangan kau. Agak-agak mesti kau jerit terkinja-kinja macam orang gila dalam wad tu kan? Hahahha….
Then, rupa-rupanya mak cik Cleaner bagi ice yang dalam sarung tangan buatan tu. Kahkahkah…. Cuak tak???

Sedang dok gelakkan kawan aku, tetiba langsir kat sliding door terangakat tinggi (angin kuat)…
Jeng-jeng-jeng… Tetiba rasa seram sejuk pulak.

Kawan aku yang tadi pun cakap: Hati-hati ada yang memeghatiii..hahahha. (kak Propa punyer ayat).
Choooiii!!!.

Monday, May 20, 2013

Anak-anak yatim-Mereka yang berjuang

Assalamualaikum.

Semalam, aku Dan dua orang kawan berkesempatan pergi ke rumah anak-anak yatim. Balik kerja terus gerak ke sana... Carik punya carik, dalam area pukul 8.30 malam baru kami sampai ke tempat itu. Bukan datang dengan tangan kosong, tapi ada bawak domino pizza tiga set, dua paket gula-gula Dan cumi.

Kedatangan kami disambut dengan alunan suara orang mengaji. Pak cik yang sambut kami. Kami pun menuju ke ruang dapur mereka. Walaupun serba kekurangan, mereka masih terpelihara.
Cik sempat berkenalan dengan Zaiton, juga anak yatim sejak berumur sepuluh tahun Dan sekarang memulakan khidmatnya semula. Kerja kat situ jaga budak-budak la... Dia Dan pak cik tadi la yang tolong siap-siapkan mereka, buat sarapan... anta bebudak ni gi sekolah. Tabik seribu Kali la kat dia!!!

So, aku sempatlah juga interbiu Zaiton tentang tempat tersebut. Ada 15orang semua sekali Dan ada dua kembar daripada Pakistan mali. Paling muda budak perempuan berumur tiga tahun. Kesian sangat tapi bila mereka ketawa takkan aku nak wat drama Maria Mariana kat situ pulak! So aku pun ketawa la sekali. *jangan tunjuk kita simpati kat diorang, nanti diorang lagi sedeyyy...

Langsir hijau yang usang, kusyen yang da penyek.. Tempat tidur yang sesak. Kesian kan. Aku pun sempat tanya la,  bilik sebelah yang kosong tu tok saper pulak ? Oh, tu untuk pak cik tidur... Tapi takder katil kan... Pak cik memang tidur atas lantai. Sedih tak sedih korang kat tempat aku? Mulia sungguh hatimu pak cik, moga Allah selalu memberkati hidupmu. Amin!

Lepas siap ngaji, dalam 9.30 malam baru mereka makan... Tergamam aku bila dua tiga budak duduk atas lantai Dan menyorong pinggan mereka... Terus kami semua ajak mereka dok makan atas kusyen. Kesian. Paling sedih bila diorang ambil cawan Dan gi pili air Dan minum! Ini aku saksikan sendiri dengan hidung mulut per lakuan seorang budak kat situ. Astagfirullah... Seb bek kami bawak sekotak air perisa laici. Hulur sorang satu... Klorin banyak tu dik. Sadislah aku jika cik tak bersyukur dengan apa yang aku ada.

Dalam area kol 10malam, kami pun bertolak pulang... Da malam, mereka pun nak rest. Esok Si kembar ada ujian Sejarah. Gudluck ye dik.

P/s- kepada fara, raihanna, sakinah, siti, 'mak milah', nisha x 2, zaiton Dan lelain... Pak cik juga sekali. Korang memang suprb tabah!!!! Nanti kami datang lagi ... Cikgu sejarah, cikgu moral Dan cikgu pendidikan jasmani. Hahaha... Perasan!

Friday, May 17, 2013

Tutorial 2: Cara pakai selendang

Assalamualaikum.

Bersambung daripada  Tutorial1: Cara pakai selendang.
And from my previous post. we knew that actually i'm not a pro stylista sangat la kan. But why not i'm trying it. With my own creativity and with what i'm comforting more.
Like yeah. Go on.

Tutorial pertama: 
1-pakai anak tudung/ scarf.
2-keronsangkan selendang ikut muka.
3-make sure ianya ke tepi. Adjust ikut suka.
4-yang pendek bawak ke belakang dan pinkan di bahagian bahu.
*Siap! Depan belakang panjang… aku suka pakai gaya ini. Simple dan tak yah belit-belit.


Tutorial kedua: 
1-pakai anak tudung/ scarf.
2-sebelah pendek sebelah panjang dan yang pendek keronsangkan ke tepi (bertentangan arah).
3-lebihannya butang ke belakang.
4-jadi bentuk beralun gitu.
5-yang lebihan panjang biarkan lepas.
*Done! Sesuai untuk ke majlis keramaian dan mewah.

Tutorial ketiga: 
1-pakai anak tudung/scarf.
2-keronsangkan ke belakang. Ala pakai scarf yang longgar.
3-lebihannya bawa ke tepi (arah bertentangan) dan keronsangkan.
4-yang panjang, keronsangkan ke belakang kepala.
Ready to go! Aku suka.

Tutorial keempat:
1-pakai anak tudung/scarf.
2-sebelah pendek dan panjang. pendek gumpalkan dan masukkan dalam scarf. Adjust cantik-cantik.
3-bahagian panjang lilitkan ke belakang dan sampai bawah dagu. Selitkan lebihannya.
Wallah! Ni time kalau tetiba keronsang semua sembunyikkan diri. Sesuai amat.

Tutorial kelima: 
1-pakai anak tudung/scarf.
2-sebelah pendek dan panjang. pendek gumpalkan dan masukkan dalam scarf. Adjust cantik-cantik.
3-tarik yang panjang dan lilit longgar separuh.
4-boleh di keronsang atau dibiarkan lepas lebihannya.
Cak! Gaya yang consistent dan tampak sangat cantik untuk di pakai.

Tutorial keenam: 
1-pakai anak tudung/scarf.
2-sebelah pendek dan panjang. Pendek keronsangkan kat tepi bahagian dalam (bertentangan arah).
3-tarik yang panjang dan lilit longgar separuh sampai bahu dan keronsangkan.
4-lebihan pendek, adjust bagi make it centered.
I can see you!  Ni kalau mak mertua tengok, sumpah terus masuk meminang.

Tutorial ketujuh:
1-pakai anak tudung/scarf.
2-as usual, sebelah panjang dan pendek. Keronsangkan di bahagian bawah dagu.
3-yang panjang, lipat cantik dan keronsangkan di atas bahu.
Surely simple! Siap boleh joget bersma robot lagi. Hahaha…

Tutorial kelapan:
1-pakai anak tudung/scarf.
2-panjang dan pendek.Keronsangkan di bahagian belakang kedua belah.
3-see the beralun and pinkan lebihan pendek di bahagian dalam tepi keduanya.
4-untuk panjang, adjust bagi cantik dan pinkan di bahagian bahu.
Berapi! Can add rantai if you want, nampak lebih feminine dan stailo.
And that's all.
So, what do you think about those all eight pattern selendang punya gaya?
Itu yang menurut aku la kan.
Ehem, korang ada tak terpesona dengan my own charisma. Gedik loh. Model selendang in da making. Hahhahah...

Lastly, i give you a bonus match making my tudung sarung with this selendang.
See how make it.
With my own style.
Simple.
This sesuai untuk kalo korang nak santai-santai.
And best back up plan. Mana tau santai-santai tuh tudung kotor/ basah...
Mana tau kan.

Tutorial Bonus: Selendang turn to Scarf.
1-pakai tudung sarung.
2-tambahkan scarf dengan lipat dua selendang.
3-lilitkan di leher dan masukkan antara satu sama lain.
Finish! Ini sebagai penyeri bagi korang yang dah addicted kepada tudung sarung.
Berpeloh jugaklah ketiak aku menaip. Untuk korang aku cam, whatever.
If korang said, ‘no idea’.
Meh aku sekeh kepala sorang-sorang (tanpa rasa bersalah).

A tip from me, untuk selendang--aku suka yang kalis/non jarang coz daripada sini aku tak payah nak lilit-lolot bebanyak untuk cover it.
Am i right dear?
Hheheh...
Okeylah uolss, selamat mencuba. Selamt beramal.

Nasihat: if korang tak nak cuba-bak sini stock selendang derma kat aku. Aku sedia menerima dengan hati terbuka…Majulah selendang untuk Islam!
Wasssalam.

Thursday, May 16, 2013

Special post for my emak


Assalamualaikum,

I wrote here,
that a special post for my lovely emak.
Even... i knew she will never read this.
But i still hope she will.

Emak, what i called her.
She had a small figure, other than her daughter.
But she still beautiful.
inside and outside.
That make her truly Miss World to me.

/wonderlandphotography

She,
Is my first teacher.
Most compassion supporter.
Where a shoulder available, when my tears start to come.
She's the one.

No matter how tired she is,
She will never down your hope.
And make a smile on your face back.
Obviously with her meals.
Just,
A great chef.

Time passing by,
And you turning to a lady and ready facing a future.
Continue study away from her.
Next,
Choosing working place far away,
Again.

She still be there,
A home.
Our home.
The home full of memories.
Where happiness happened.

Emak,
Hoping you're in Allah blessing, stay healthy and wait for me to come home.
Massive thank you for everything you do it for me.
From i born 'till now.
And i love you.

😜

Saturday, May 11, 2013

Happy guru-guru day


Assalamualaikum,


Motif gambar???
Masih misteri di pertengahan jalan.

16th May datang lagi...Special-for my cikgu... Kamu semualah...happy guru-guru day aku ucapkan.

Cikgu oh cikgu...

Seriously, tanpa cikgu tadika yang ajor A,B,C... Cikgu sekolah rendah ajo Kira-kira...1+1, 1x1... Cikgu kemahiran hidup, yang sempat menurunkan ilmu bercucuk tanam. cikgu pendidikan jasmani yang buat aku fit always sampai sekarang... Chooiiii! Cikgu sains yang sempoi buat jerok mempelam. Syok sangat.

Cikgu sekolah agama-absolutely membina tiang Islam yang aku pegang. Ajor sembahyang, subjek tauhid... Ibadat, b. arab hingga nembuatkan lidah aku terbelit-belit nak menyebutnya. Dua tiga orang cikgu ngaji mukadam Dan al Quran, ajor alif-ba-ta..

Cikgu sekolah menengah yang sweet Dan handsome-handsome sokmo. Almaklumlah aku sorang jek kot yang selekeh Dan... kematangan yang boleh dipertikai... Sob, sob... Cikgu sejarah yang digelar papa yokies ala cerita kartun telur yang popular maser tu. cikgu seniku yang cool sentiasa... Cikgu bi, subjek paling aku tak suka. Maap. Cikgu fizik-biology-chemistry yang selalu memeningkan kepala. Maap lagi sekali.

Lecturer kolej daripada serata dunia.. Tang rajin sangat bagi assingment dan suruh buat presentation sampai rasa nak bom jek satu ipts tu... And all kengkawan yang telah mengajar itu ini, mentor members dulu Dan sekarang.

Dan tanpa diorang... Takde la makna sekolah. Mak bapak korang pun tak mampu nak ajor semua subjek tu dalam satu masa kan. Lukis gambo pun orang lidi yang dah kebulur 100 hari tak makan.. Bab Algebra, sejarah melacca, cel-cel dalam badan.. Sains, ajor ngaji.. Hanya cikgu Dan gengnya ajer mempunyainya dan Akan memperlihatkan bakatnya... Awesome!

Saya (tetiba transform jadi baik) dengan ini mengucapkan terima kasih banyak Dan banyaknya atas jasa baik serta budinya ke atas ilmu Dan tunjuk ajar yang diberikan. Anak muridmu ini tersangat terharu Dan teramat sedih kerana tak dapat meraikan bersama-sama di hari penuh sejarah ini. Trimas cikguku!!! Terima kasih sekali lagi.. Dan lagi, kasih. Dan lagi.., lagi Dan lagi kasihnya.

Monday, May 06, 2013

Perkenalkan; Adik Si Haziqah

Assalamualaikum....

Okeh, meh aku perkenalkan korang dengan adik kepada Si Ziqa nih... Nama dia Muhammad Hafiz bin Hayazid. H-H la sama dengan Si Ziqa tuh... Dia dilahirkan pada pertengahan Febuari (Kalau tak silap).

Cik Ziqa nih kemain suka giler dapat Si adik, yek la ..... Kalau tak, teddy bear semua kena layan dia. Sejak da ada adik ni, dia busy sangat. Nak jadi ala baby sitter la tuh. Padahal baru belajar hidop tanpa 'pampers'. Itu pun kalo tak tahan.... Nenek!!! Nenek!!!!... Satu rumah bergegar dengan suaranya. Kesian Nenek dia. Tapi, nenek dia tak kesah pun, cucu sulung katakan.

Sekarang nih, dia da pandai tapau jajan... Biasa la kalau tak Tora,ding dong... Yang ada mainan kat dalam tuh. Pagi-pagi ikut nenek dia gi pasar, petang sikit ikut atok dia pulak... Lagi petang, ayah dia bawak jejalan.... Heaven dengan motor la hang yek.

Bila nak jalan-jalan... Dia ingat gak kat adik dia. Kalau adik ikut, dia kena/mesti ikut. Kalau dia ikut, adik tak ikut pun tak per.... Kahkahkah... Pandai!. Tapi, cik Ziqa siap tidurkan adik dia lagi dengan selawat nabi. Hebat tak? Tapi, cik ziqa suka gak kacau adik dia tidur... Dengan nyanyi kuat- kuat Dan terkinja- kinja. Paling best, adik Hafiz.... Relax jek celik mata sikit dan sambung tidur!

Gitulah ziqa dan adik barunya. So, tak sabar nak jumpa di orang semua. Cucu/ anak sedara pun dah bertambah. Da EMPAT orang!!!!
Alhamdulillah.


Thursday, May 02, 2013

Tutorial 1: Cara pakai selendang

Assalamualaikum semua.

Now i want to talk about fashion. So ladies gimme that red carpet please.
Like a boss.
: )


As we know, cover your hair, and covering your chest is di tuntut dalam Islam.
And few years back, I adore more to tudung sarung. Aku admit it. Easy, practical and saving your precious time, Also cheap!
Alkisahnya kalau time belajar dulu, sanggup terjah pasar malam dan also turun ke Nilai 3 naik bus buruk untuk grab this tudung pattern.
Yang harga Rm10.00 ke bawah, semua kau sapu. Hehhehe...
Op kos, masa jadik student duit poket tak banyak mana.

And bila dah kerja, Still loyal with this kind of tudung. But dah mula try jugak minat dipupuk pada selendang. Tapi day by day, mananya lagi nak sempat untuk lilit-lolot bagai. 'Cause lelagi kerjanya yang bukan cam orang dok opis tuh.
Jangan nak berangan terlebih Mak Minah oiii.

Treng-treng-treng...
And some of the reason, kita terpaksa forget about tudung sarung or even bawal to match with the event. Baju mahal-mahal apa gojes pakai tudung bawal plain?
And time tu mula la sibok nak kembur tunggang terbalik bilik coz nak carik selendang yang berkenan.
Itu belom lagi surfing google tok carik cara gaya yang deboom.
Sinonimnya, kita (wanita-wanita cantik) selagi tak lawa, jangan harap nak keluar rumah.
: )
I like this statement.


Imagine:
Pin sepuluh tercacak kat kepala, selendang dah senget benget.
Rambut pulak mula sibok nak inter frame.
Mesti cam, warrrghhh…
I'm better die.
Tak sanggup lagi merana untuk cantik.
Orang sekeliling pun naik pelik bila asyik keluar masuk toilet. ‘Diarrhea ke per budak nih?’
Cermin kecik dalam handbag jangan cakap la dah beraper kali kena ngadap. Susah bukan…

Aku pernah lalui semua tuh, and that's why aku prefer tudung sarung.
But,
Ada but-nya. Sebagai manusia yang tak boleh tengok orang kesedihan. Aku (sailor moon) sedia membatu! Aceccececec...

Please lap air mata darah sekarang dan meh dok pakat-pakat duduk rapat-rapat sambil pegang selendang di tangan.
Kalau tak de, gi fast and furious pinjam jiran sebelah rumah. Mesti wife or anak diorang ada banyak stock. Lainlah kalau diorang memang sepsis kedekut.

Tak de gak? Rembat kain pelikat ayah or kain batik emak korang atas ampaian sekejap!
Kejap jek. Nak stylista dak?
Ok...Terharu? Aku sempoi jek.
Hahahha…


Firstly korang kena ingat, Apa yang aku ajor korang adalah cara pakai selendang yang simple/ senang dan tak payah pakai pin banyak sangat. Keronsang jek… kalo korang nak more safe.
Besar ke kecik keronsang? Suka hati duit korang la.
Aku? Mak aku memang rajin sponsored anak dia punya keronsang. Anak dia kan semua baik-baik belaka (padahal pinjam tapi tak pulang-pulang).

FYI semuanya ada lapan cara/tutorial ++ one bonus.
Baik kan aku...Terharu lagi?
Belanja makan Kenny Roger’s satu set dan hantar ke rumah aku please.
Baru best.

Bersambung… sini: Tutorial 2, cara pakai selendang.
Teaser:

p/s-besok it’s my birthday… nampaknya kena beli kek sendiri dan makan sesorang la. Inilah nasib kalau duk jauh daripada family. I want to go home!