Search This Blog

Friday, November 22, 2013

Sikap terlalu membangga diri

Assalamualaikum.

Seperti tajuk di atas, manusia memang tak boleh lari dengannya. Boleh dirujuk kepada sama ada adik beradik sendiri, sedara, kawan-kawan dan orang yang kita tak kenali. For sure (termasuk diri sendiri gak tau)! Tak 80% mesti ada jugak keberangkalian 20.1% betul. Dok sah malu nak ngaku la. Dan mesti korang pelik kenapa aku nak cerita mengenai ini semua pulakkan… takkan dah tukar job jadi si busy body! No, no, no. Tapi aku mahu sharing sesuatu, sebagai tip and pedoman agar kita sama-sama tak terjebak dalam tabiat yang mampu memusnahkan hidop dunia akhirat ini. Betul tak? Tabiat kalau dilakukan lama-lama akan jadi habit. Tapi untuk jadikan sikap terlalu membanggakan diri/ riak sebagai habit… uh-No way! Never and ever.
                                              
Ginilah… sejak dulu, perangai aku memang suka menilai keperibadian seseorang itu. Alien tak alien la jugak. So, aku suka tengok daripada lenggokan, percakapan dan everything dia (someone) lakukan. Lagi-lagi kalau bab orang yang aku kenal. Bukan tenung gitu, tapi sekilas pandang. Maksudnya adalah sikit-sikit curi-curi pandang gitu (tapi aku bukan psycho okay). Try and error akan mana dia tak suka, apa hobinya, cara dia makan, dia ketawa. Why? ‘coz daripada situ, kita akan tahu yang -> Uh, dia ni jenis macam ini… Contoh antara ayat yang korang akan cakap ‘dalam hati’. Cakap kuat-kuat nanti dia dengor. Bahaya!

If korang perasan, dalam kita dok berbual sambil melepak… manusia jenis ini adalah group-group yang suka cakap kosong. Prove? Pengalaman mengajar itu semua. Dan korang akan perasan ini sememangnya berlaku di antara kita. Dalam setiap ucapannya berbaur yang dialah paling brilliant, dialah hebat, dialah gojes, dialah paling competent among others. Choi! Dan kalau korang perasan jugak, yang tak membuat sebarang eksprasi muka adalah antara golongan yang akan berperan sebaga pentafsir terbaik (macam aku). Berbanding yang terang-terang buat mula -> loya mak dengar.

Jika korang salah tempat untuk membanggakan diri, korang dianggap ‘loser’! So, berhati-hati dengan setiap patah perkataan yang dikeluarkan. Let say, si A cakap yang:
“Hay, you know what. My father baru balik daripada Singapore and dia belikan I itu, ini…blah..blah… Dan sebenarnya I pun tak suka baju ini, jadi U ambil la. FOC. Nanti next week, my mother gi Thailand. I nak suruh dia beli baju baru kat sana je.”
Bila yang lain hanya menggangumi. Akan ada antara mereka yang actually berdiam dalam menilai akan kesengalan si pencerita:
“Eh, budak ini biar betul? Aku yang every weekend ulang alik daripada UK ke Malaysia pun tak kecoh macam gitu.”
Akan ada, percayalah. Lagi, lagi bila melibatkan hal politik Negara. Surely, ayat kena banyak fakta. Barulah korang tak rasa ‘bodoh’ sangat. Serious! Dan jangan suka buat sesuatu yang memelukan diri sendiri. Tolonglah.

Then, sebagai akhir kata… nak cakap itu-pandang kiri kanan. Tengok siapa audience kita. Kalau budak tadika korang nak kelentong pasal beg LV, mungkin bolehlah. Tapi hati-hati sikit sebab budak zaman sekrang lagi advance. Sekali dia keluarkan Ipad dan google. Boleh terngaga hang!

Adious amigos.

No comments:

Post a Comment

-please share your thoughts here, dude

End of 2023

 Hai, Apa khabar semua? Lama benar rasanya tidak menjengah blog ini, datang sini pun sebab rindu. Tidak langsung peduli untuk menaip dan ber...