Search This Blog

Showing posts with label cendol. Show all posts
Showing posts with label cendol. Show all posts

Tuesday, June 04, 2013

Dessert: Cendol Bujang.

Assalamualaikum.

Hallo ha! Sekarang ni cuaca tak menentu… jap panas betol, kejap hujan lebat-selebatnya. Then, kaadang-kadang malam tu sampai berpeluh-peluh tidur-macam mimpi di kejar Xena(gempak Starz). Aku pun tak tau kenapa dia kejor aku, mesti dia jeles la tu…. Aku kan lawa. Kahkahakah. Ingat nak jimat bil elektrik bulan ni… tapi, dek kerana panahan matahari yang (*^%&%) maka kipas telah menjadi watak utama. Apa boleh buat. Lumrah kehidupan…

Cut.
Masa lepas dinner hari itu dan sedang kitaorang chit chat pasal hal dunia… ada kawan aku siap offer nak buat cendol. Kitaorang pun, rezeki jangan di tolak dan musuh jangan di carik. Nama cendolnya pun unik bin pelik- ‘Cendol Bujang’… biasa cendol mesti ada gula merah ++ santan ++ pulut ++ aiskrim! Tapi, dah katanya bujang trang-trang… so kitaorang tak de la nak collect tu semua dalam almari dapor. Takkan nak mintak kat Chinese dok sebelah rumah ni kan. Tak ke buat malu kaum jek nanti…Bujang pun bujang la kan. Ni first time aku try benda alah ni. Simple jek buatnya…

Meh, belajar memasak bersama Chep Diya.
Memula, tapis cendol yang ditempah import daripada negeri Kelantan. Dah tu, biar dulu dalam penapis… Bancuh gula dalam cawan + air panas(cepat dilute). Then, mek mangkuk yang paling cantik dalam dapur tu dan tuang cendol tadi dan air gula bersama. Last sekali, letak ais… wuhuuu!!! Jadik la macam gambar di bawah:


Yummy… walaupun boleh di kategorikan sebagai musuh kepada semua mak mertua (sebab pemalas sangat) tapi apa boleh buat. Janji boleh telan dan selamat menikmatinya bersama kengkawan or insan tersoooyang. Selamat mencuba.

End of 2023

 Hai, Apa khabar semua? Lama benar rasanya tidak menjengah blog ini, datang sini pun sebab rindu. Tidak langsung peduli untuk menaip dan ber...