Search This Blog

Showing posts with label tips buat puding jagung. Show all posts
Showing posts with label tips buat puding jagung. Show all posts

Thursday, November 24, 2016

Resepi puding jagung kastard.

Assalamualaikum.

Masuk nih, dah dua kali aku buat this dessert.
And tiap kali tu la licin.
Kan aku dah cakap dulu, mereka ni memang spesis piranhas kat Amazon sana.
Korang campak la apa kat atas meja tu, gerenti habes.
Hahhahaaa...

Tak dinafikan, bila penat buat case. Memang akan lapar gila.
Sebab tu aku suka standby bar chocolate just in case.

Tengok diorang happy makan.
Tak dinafikan... aku pon happy sama.
Even aku sempat kuis kuis sikit jer. Sebab aku, memang tak suka makan makanan yang aku masak.
Tak ada feeling gitu.
Sebab tu nanti aku nak carik partner yang pandai masak. Baru best.

Before korang masak, meh aku bagi tips ala ala pantang larang untuk masak dessert nih.
Paling penting... jangan terlebih air.
Guna sukatan air paling minimum. If terlebih, korang buat jelah bubur jagung. Ops.
Kena kacau selalu. Api kena maintains.
Bila lalai jap, ketoi ketoi la nanti. Dah tak smooth.
And lastly, after siap.
Better la kan... Letak kat dalam bekas yang kecik kecik. Yang cute-cute tuh.
Sebab senang nanti hidangannya. And mostly, lagi menarik time serving nanti. Barulah mak mertua puji korang melambung lambung.

Anyway, nilah resepinya:

1 cawan tepung castard
1 tin susu sejat yang cair tuh
Gula ikut suka nak manis tahap mana. 1/2 cawan pon boleh.
Butter satu sudu besar. Ni bagi korang punya jagung berlemak gitu.
Air...1 1/2 cawan.
1 tin jagung
If ada jagung tongkol lebih-lebih boleh join sekali.
Garam ikut suka. Aku dah letak butter, so aku tak letak garam.
Nak letak pewarna pon boleh setitik dua.

Caranya plak adalah... mula-mula korang dilute tepung castard dulu dengan air.
Pastu, sediakan periuk belanga untuk aktiviti memasak. Api kecik hokey.
Masukkan gula. Susu sejat and tepung custard yang dah dilute tu.
Gaul-gaulkan ia.
Pastu after 5, 10 minute. Letak isi tin jagung. And isi jagung yang lebih-lebih.
Then, gaul lagi sampai betul-betul melekitnya. And cantik warnanya. Bila puas hati. Bolehlah letak pewarna and butter.
Gaul lagi.
And siap.
Masukkan dalam bekas.

Biar sejuk jap, and letak la dalam peti ais if korang suka sejuk-sejuk.

Aku masuk dalam loyang sebab aku tak ada bekas kecik-kecik tuh.
So, redha jela ohkey.
Selamat mencuba!
Agak-agak sedap, buatlah lagi.
Kasik jiran sebelah, depan, belakang, ke kan.
Hehhehe...
= )

End of 2023

 Hai, Apa khabar semua? Lama benar rasanya tidak menjengah blog ini, datang sini pun sebab rindu. Tidak langsung peduli untuk menaip dan ber...