Search This Blog

Sunday, November 27, 2016

Makanan sehinggit

Assalamualaikum.

Just baru-baru ni aku berkesempatan beli makanan kat stall mak cik bawah rumah aku nih.
Selalu time aku nak beli, time tu la baru dia bukak.
Time aku tak nak beli, sebab aku dah ada breakfast.
Time tu gak la dia bukak awai sikit.
So, la ni baru aku singgah sebab lapar.

Aku pon cam biasa, beli kuih.
Campur-campur.
And aku choose mee, sebab nasi lemak dia ramai sangat beratur.
Malas la.

And time nak bayar.
Sehinggit jer mee aku tu rupanya.
Tak ada telur sebab aku suka homemade punya.
Gediks tak.
Hehheh...
Tapi,
Gila murah lak ai dia jual.
Nasi lemak, and bihun yang lain-lain pon just sehenggit jer.
Patutlah berdoyan-doyan orang datang.

Hasil carian imej untuk we heart it nasi lemak

Moga murah rezeki ko mak cik anak beranak.
Cayokk!
Ada time aku beli lagi.

Saturday, November 26, 2016

Peah: Art class

Assalamualaikum.

Since my sister stop kerja.
And preggy.
Dia jadik suri rumah sepenuh masa.
So Peah tak pergi any nursery.

Dia ajar Peah kat rumah.
So far i think that's a good idea.
Can i put my kids at your home sis in future?
Because nursery sekarang tak boleh di percayai.
Scary much.

But your house at Tapah!
I will miss them.
Ok, aku la plak yang jadik suri rumah kalau gitu.
My partner must agree with this.
Bruhhh...
Gila punya statement.

And memandangkan Peah pon dalam proses learning.
Dia akan everyday tengok cerita budak-budak
Akak aku more bagi dia pada art class.
Bagi dia enjoy.
O, how i miss when my homework just coloring!
Huhuhuuu...

And how i seen, that kakak aku boleh kawal pola makanan dia.
No fast food.
No jajan.
Not even a chocolate!

Then, my sister ajar jugak dia supaya independent.
Sidai baju sendiri in her own mini hanger.
And ate by herself.
Be clean and tidy.
And that's brilliant idea.
I support you sis.


Thursday, November 24, 2016

Resepi puding jagung kastard.

Assalamualaikum.

Masuk nih, dah dua kali aku buat this dessert.
And tiap kali tu la licin.
Kan aku dah cakap dulu, mereka ni memang spesis piranhas kat Amazon sana.
Korang campak la apa kat atas meja tu, gerenti habes.
Hahhahaaa...

Tak dinafikan, bila penat buat case. Memang akan lapar gila.
Sebab tu aku suka standby bar chocolate just in case.

Tengok diorang happy makan.
Tak dinafikan... aku pon happy sama.
Even aku sempat kuis kuis sikit jer. Sebab aku, memang tak suka makan makanan yang aku masak.
Tak ada feeling gitu.
Sebab tu nanti aku nak carik partner yang pandai masak. Baru best.

Before korang masak, meh aku bagi tips ala ala pantang larang untuk masak dessert nih.
Paling penting... jangan terlebih air.
Guna sukatan air paling minimum. If terlebih, korang buat jelah bubur jagung. Ops.
Kena kacau selalu. Api kena maintains.
Bila lalai jap, ketoi ketoi la nanti. Dah tak smooth.
And lastly, after siap.
Better la kan... Letak kat dalam bekas yang kecik kecik. Yang cute-cute tuh.
Sebab senang nanti hidangannya. And mostly, lagi menarik time serving nanti. Barulah mak mertua puji korang melambung lambung.

Anyway, nilah resepinya:

1 cawan tepung castard
1 tin susu sejat yang cair tuh
Gula ikut suka nak manis tahap mana. 1/2 cawan pon boleh.
Butter satu sudu besar. Ni bagi korang punya jagung berlemak gitu.
Air...1 1/2 cawan.
1 tin jagung
If ada jagung tongkol lebih-lebih boleh join sekali.
Garam ikut suka. Aku dah letak butter, so aku tak letak garam.
Nak letak pewarna pon boleh setitik dua.

Caranya plak adalah... mula-mula korang dilute tepung castard dulu dengan air.
Pastu, sediakan periuk belanga untuk aktiviti memasak. Api kecik hokey.
Masukkan gula. Susu sejat and tepung custard yang dah dilute tu.
Gaul-gaulkan ia.
Pastu after 5, 10 minute. Letak isi tin jagung. And isi jagung yang lebih-lebih.
Then, gaul lagi sampai betul-betul melekitnya. And cantik warnanya. Bila puas hati. Bolehlah letak pewarna and butter.
Gaul lagi.
And siap.
Masukkan dalam bekas.

Biar sejuk jap, and letak la dalam peti ais if korang suka sejuk-sejuk.

Aku masuk dalam loyang sebab aku tak ada bekas kecik-kecik tuh.
So, redha jela ohkey.
Selamat mencuba!
Agak-agak sedap, buatlah lagi.
Kasik jiran sebelah, depan, belakang, ke kan.
Hehhehe...
= )

End of 2023

 Hai, Apa khabar semua? Lama benar rasanya tidak menjengah blog ini, datang sini pun sebab rindu. Tidak langsung peduli untuk menaip dan ber...