Search This Blog

Sunday, April 08, 2018

Tolong temankan aku menangis depan Kaabah.


Hasil carian imej untuk weheartit mecca

Tolong temankan aku menangis depan Kaabah.
Dan jangan sesekali kau seka airmataku.
Itu tentang penyesalan hamba pada Penciptanya.
Bagilah ia masa.
Banyak yang ingin diceritakan.
Terlalu banyak yang ingin diampunkan.

Tolong temankan aku menangis depan Kaabah.
Maka titik titik basah pada kain putih yang meliputiku, jangan kau tanya kenapa.
Kerana bicara hatimu,
Akan aku biarkan berdesis dalam senyap.
Pesan aku pada kau. 
Jangan biarkan kataku mati sebelum waktunya. 

Tolong temankan aku menangis depan Kaabah.
Jangan juga dihulur kain simpananmu.
Takut nanti tidak berani aku sambut.
Dan kau ingat aku menyisihkanmu.
Kerana bukan itu maksudku.
Tanganku masih lagi menadah. Masih lagi meminta. Masih lagi berharap.
Ia tidak mampu aku lepas.
Pada langit, aku tahu Dia mendengar.

Tolong temankan aku menangis depan Kaabah.
Cukuplah kau berada disampingku.
Duduk depan tanpa melihat ke belakang.
Menyaksikan aku jatuh memikirkan kedosaan diri.
Entah apa dalam fikiranmu.
Aku malu pada diri sendiri.
Yang diselaputi penyesalan beribu.

Tolong temankan aku menangis depan Kaabah.
Jika benar kau sayangkan aku.
Selitkanlah aku pada doamu itu.
Berdolah lagi untuk aku.
Aku perlukan doa sebeitu untuk bahagia.
Dan moga dimakbulkan Tuhan hendaknya.

Tolong temankan aku menangis depan Kaabah.
Pada dingin pagi, kau temankan.
Pada dingin malam, kau temankan.
Setiap langkah yang diambil.
Teruskan berjalan, walaupun perlahan.
Seribu rasa.
Seribu rahsia.

Tolong temankan aku menangis depan Kaabah.
Tolong.
Biarlah maafku ini yang tiada pengakhiran.
Utuk diri,
Untuk kau,
Untuk mereka.
Dan kepada Dia.

End of 2023

 Hai, Apa khabar semua? Lama benar rasanya tidak menjengah blog ini, datang sini pun sebab rindu. Tidak langsung peduli untuk menaip dan ber...