Search This Blog

Showing posts with label penggangguran rakyat malaysia. Show all posts
Showing posts with label penggangguran rakyat malaysia. Show all posts

Tuesday, May 08, 2012

Scary Or Screwy: Tahap Pengganguran Rakyat Malaysia

Antara email yang aku dapat baru-baru ini adalah ada menyatakan bahawa:
‘You are so jingoism even likes jardinière to me only.’
-anda mempunyai semangat kebangsaan walaupun hanya macam pasu bunga  kepada saya sahaja-
<<No comentó. >>

Dalam membaca ‘newspaper’ sambil makan karipap kentang panas bersama air Milo dengan suasana mendung tanda nak hujan pagi-pagi begini memang syok!.
Dan anak siapa yang tak meloncat gembira (rasa macam nak wat penggugguman satu kampong tok bagitau) bahawa korang dapat cuti seminggu ‘straight’, kan. Mesti jeles tahap Gunung Alps la jiran sebelah rumah korang, hahhaha. Dan tak lupa macam-macam dah korang rancang nak buat sepanjang hari tersebut (berjela-jela ‘list’nya).
Pot-pet,pot-pet..

Masuk bab utama, korang rasa hairan tak mengapa masih ada lagi kawan-kawan korang tak kerja sedangkan banyak tawaran kerja kosong kat internet Jobstreet.com, surat khabar Metro, dan tampalan-tampalan di tempat tunggu bus. Pelik bin ajaib kan. Nak salahkan kawan korang, da banyak kali gak (dekat berpuluh gak la) dia pergi temuduga. Tapi, tak dapat kerja lagi. Salah dia yang tak mempunyai aura Ally Iskandar dan muka cam Fasha Sandha atau majikan yang terlalu ‘demand’ meninggi.

Herrmm.. aku pun makan gaji gak, susah nak ‘explain’ lebih-lebih bab nie. Lainlah jiran sebelah rumah aku yang baru jadi Ceo kat syarikat besar baru-baru ni. Kang kalau dia baca ‘entry’ nie, dan aku pun cakap tak der bikin , sah-sah ti sok dia gelak guling-guling sebulan penuh depan rumah aku. Tak nak den. So, ambik langkah selamat: kita hurai sikit-sikit jek la yer.

Banyak sebab mengapa majikan di Malaysia tak terima korang kerja dengan diorang adalah, antaranya:
1.       Korang terlebih perasan
- pohon jawatan yang lebih tinggi daripada kemampuan korang. Lagi-lagi jawatan tu lebih tinggi daripada si penemu duganya. Bikin panas telinga diorang dengarnya. Kang boleh tercetus acara baling pinggan mangkuk lagaknya.
2.       Korang tak serius
-mintak kerja cam mintak pinjam wet dengan kawan korang. Muka dah la takder senyumnya, ayat balas cukup menggugut dan banyak fius rosak. Huh, korang ingat si penemu duga tu tauke besar kongsi gelap ker. Ayat kena jaga, bro.
3.       Korang selekeh
- dengan tak berpakaian kemas, kasut kotor, dan rambut serabai, bikin rimas bagi sesiapa memandang (ntah-ntah diorang ingat korang nak mintak sedakah lagaknya). Kalau muka pun ala kadar, penampilan kena la jaga, ok.
4.       Korang tak yakin
-cakap pun macam berbisik dalam kelambu, tambah dengan banyak ar, er, tak tau jawapannya. Padahal sebelum masuk bilik temu duga kemain yakin seribu. Tapi bila da masuk, tahap keyakinan korang memang jatuh zero dah kena makan nagan T-rex la tu.
5.       Korang cerewet
-mungkin korang diterima tetapi kecerewetan korang tu terlampau amat sehingga apa yang diorang tawarkan korang ada aja bantahannya. Maka, auto dan matiknya korang terkandas di tengah jalan. Merana akhirnya.

Gitu la antara sebab-sebab majikan korang kemukakan mengapa diorang memang tak boleh terima korang bekerja. Jika korang da jadi sesempurna mungkin, dan adalah bukan salah korang maka korang tak der rezeki lagi. Usaha lagi dan doalah banyak-banyak yer.

Semoga tahap penggangguran akan menurun di negara nie. Dan rakyat Malaysia akan dapat kerja semuanya. Amin. 

End of 2023

 Hai, Apa khabar semua? Lama benar rasanya tidak menjengah blog ini, datang sini pun sebab rindu. Tidak langsung peduli untuk menaip dan ber...