Search This Blog

Monday, May 27, 2013

Skirt pendek untuk lelaki.


Assalamualaikum.
Wohooo… baca tajuk jek pun dah seriau meroma bulu kening. Gane tu??? Hahhaha… Seriously, first time aku selak bab fesyen lelaki dalam magazine cina tu(March 2011)-siap aku telek sampai kawan aku tegur…’hang paham ka??’ Paham tak paham, aku tetap nak baca jugak. Extraordinary punyer gaya. Silap-silap mak cik yang dok hulu kampong mesti terkezut melihatnya… ‘Aku atau alien ni yang sesat?’.

Cer teka-agaknya siapakah pereka fesyen gila tahap cipan nih. Ingin aku bertanya, motif tuan buat gaya gini?  Tuan ingat, tuan seksi ar? Ni mesti dulu masa kanak-kanak jenis yang tak pernah pakai skirt pendek bunga-bunga comel. Dah besor, sibok nak try… ngaku jek la. Hehhehe… Dan korang ingat korang sweet pakai cam tu la. Euwww…

Amaran: Hey kalau muka korang handsome bak hero Prison Break, si Wentworth Miller sekalipun… kalau ginilah cara pakaian korang. Confirm tanpa keraguan daripada Jakim-REJECT. Ni yang dinamakan gaya makan gaya-ala gay pun ada aku tengok.Tak boleh blah…

Hurmm, rakyat Malaysia ada berani pakai gini tak?


Arrgghh!!! Aku tak boleh komen banyak-banyak. Rasa nak…(sensor-kemarahan terlampau). Yang perempuan di singkatkan sampai tak cukup kain-yang lelaki pulak terlebih kain sampai semak mata aku memandang. Dunia… dunia akhir zaman… ( sambil menggeleng kepala lapan ratus kali).

p/s-aku tak tahu la kalau aku yang ketinggalan zaman.

Friday, May 24, 2013

Cuti hujung minggu yang membosankan.


Assalamualaikum.

I felt bad. I donno who silent my alarm phone.
The result, subuh aku bangun kol 7.10 pagi!
Dah dapat dosa di permulaan hari.
Then and then… mata aku terus segor bugor tak nak tidur balik...
Penangan bersalah punya pasal.

Aku pon tak sure apa aku buat sampai noon.
Yang aku tahu dah tengahri.
Lunch, aku makan lunch berlaukkan Megi kari coz malas nak masak punyer pasal.
Kesian saper kahwin ngan aku nanti…
Itu pun aku makan kol 3.30 petang!
Tapi yang peliknya, aku tak rasa lapor… teringat nak makan pun sebab aku paksa diri.
Kena trained, kalau tak kamu bias kena gastric loh.
Acid dalam perut pun kena balancing… hhuhuhu…

Malamnya aku conquer TV sebab all my friends balik kampung.
Untung kampung dekat.
Assignment?
Aku dah wat masa khamis malam sambil layan American Idol kat 8tv, yang season ke berapa pun aku tak tahu.
Dapat tengok si muka Ryan Secreats syukur Alhamdulillah.
Tamat reality show yang orang dok melalak tu, kertas kerja aku pun siap.
Wohoooo… sila puji diri sendiri.

Yes, esok ini hari Sabtu!
Aku kerja!
Aku suka! Walaupun half day… ada gak la benda aku nak wat.
Sangat berdedikasinya aku bekerja kan?
Kalau Bos besar baca statement aku ni, mesti menangis air mata darah.
Kuikuikui… so, saper nak hired aku-silalah isi form secepat yang mungkin.

Okeylah.
Aku blah dulu la.
Chow-cin-cau.

Tuesday, May 21, 2013

Lawak Seram Kepialu: Kisah Jenazah yang Ku-tersentuh.


Assalamualaikum.

Morning! Aku suka dengar cerita or story yang berunsur lawak sampai mengalir air mata. Then, masa itu sedang kitaorang lepak-lepak depan TV tengok drama Melayu… ada bab pengambaran di kawasan kubur. So, kawan aku start cerita la kisah dia masa praktikal uruskan orang yang dah mati.

Jeng-jeng-jeng…
One day, kisahnya hari itu ada la orang meninggalkan dunia buat selama-lamanya. Sedang kawan aku tengah tarik tali bagi menggelakkan menguruskan si mati… habisnya dia tolak mentah-mentah sebab fobia melampau. Takut sangat!

Lepas kawan kepada kawan aku siap buat semuanya dia pun cakap la: ‘Kata orang-orang tua… kalau kita tak uruskan mayat itu, malam nanti dia kan carik kita tau. Sentuh sikit pun jadik la.’
Yang kawan aku ni dalam dok caya tak percaya pun pergilah gak setapak ke setapak kat tempat mayat yang sudah berbalut tu. Antara rela dan paksa, dia selak sikit langsir yang ada dan cepat-cepat sentuh kaki si jenazah tu. Sambil muka toleh tempat lain-tangan saja menghulur. Bengong.
Kawan aku cakap: lepas aku sentuh, aku terus lari laju-laju ke belakang. Takuuutttt!!!

Kitaorang pun tambah la… agak-agak time kau tengah hulur tangan (sambil mata tengok tempat lain)—tetiba ada tangan sejuk sambut tangan kau. Agak-agak mesti kau jerit terkinja-kinja macam orang gila dalam wad tu kan? Hahahha….
Then, rupa-rupanya mak cik Cleaner bagi ice yang dalam sarung tangan buatan tu. Kahkahkah…. Cuak tak???

Sedang dok gelakkan kawan aku, tetiba langsir kat sliding door terangakat tinggi (angin kuat)…
Jeng-jeng-jeng… Tetiba rasa seram sejuk pulak.

Kawan aku yang tadi pun cakap: Hati-hati ada yang memeghatiii..hahahha. (kak Propa punyer ayat).
Choooiii!!!.

End of 2023

 Hai, Apa khabar semua? Lama benar rasanya tidak menjengah blog ini, datang sini pun sebab rindu. Tidak langsung peduli untuk menaip dan ber...